Terlalu mudah menjelaskan perasaannya, terlalu mudah menangiskan,… kenapa?
Kerana mereka dicipta dengan penuh keceriaan! Tangisan itu datang sebentar untuk menghilangkan duka yang tidak gemar dikongsi bersama rakan teman..
Wanita…
Tangismu bukanlah semata,
Ianya tangisan cinta!
Dikau menyintai kerja mu, tetapi kesalahan membayangimu..lalu dimarahi… menitis air matamu..
Dikau menyintai rakanmu, beliau meminta untuk ber”hubungan” denganmu, kau tidak mahu.. lalu dimarahi.. menitis lagi air matamu..
Dikau menyintai sahabatmu,tapi kau tidak dipedulikan, sedangkan kau telah bekorban segalanya… menitis lagi air matamu..
Dikau menyintai keluargamu, sanggup bekorban apa saja! Tetapi seolah diketepikan.. menitis lagi air matamu..
Dikau menyintai pelajaranmu, bersungguh-sungguh dan tekun, tetapi mendapat keputusan yang tidak memuaskan… meitis lagi air matamu..
Dikau ingin bercakap dan melihat orang yang engkau sayangi… tetapi tidak mampu dek kejauhan batu nautika, … menitis lagi airmatamu..
air mata itu sentiasa mengalir, tetapi wanita tidak perlu risau.. kerana ia bukanlah penyakit, ia juga bukanlah sebarang barah , ianya sokongan yang diberikan tuhan untuk wanita menjalani kehidupan seharian…
Menangislah sehabis mahumu,
kemudian sapulah air matamu..
kerana kebahgiaan sedang menunggu diluar pintu…
No comments:
Post a Comment